Samsung Bakal Memperkenalkan Galaxy View Pada Bulan Oktober

Diterbitkan pada Sep 4, 2015. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung ketika acara pengenalan Galaxy Note 5, telah mengeluarkan teaser awal untuk Gear S2 yang telah diumumkan baru-baru ini. Kini, sekali lagi Samsung hadir dengan teaser produk baru mereka ketika pengumuman Gear S2 di IFA 2015.

Samsung Galaxy View

Daripada teaser yang diperlihatkan, Galaxy View tampak seperti sebuah tablet dengan skrin bersaiz besar dan luas, selain turut menyertakan sokongan kickstand seumpama pada Surface pada bahagian belakang. Penggunaan nama Galaxy memberikan petanda ia mungkin menjalankan sistem operasi Android.

Samsung dijangka akan mengumumkan produk baru ini pada bulan October kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami