Cari @ Amanz

infoApple sedia mempunyai akaun Twitter rasmi @AppStore yang berkongsi beberapa aplikasi menarik dari semasa ke semasa. Hari ini, Apple turut melancarkan satu lagi akaun Twitter baru yang memfokuskan kepada permainan, iaitu @AppStoreGames.

AppStoreGames

Apple mengatakan melalui akaun Twitter ini, mereka akan berkongsi tips, cabaran permainan, info berkenaan sebalik pembangunan sesuatu permainan dan sebagainya. Akaun Twitter ini dipantau terus oleh editor permainan Apple AppStore.

Pengenalan akaun Twitter ini selari dengan desas-desus mengatakan Apple akan memperkenalkan Apple TV baru kelak memfokuskan kepada permainan kasual menggunakannya.

Apa pun, walaupun Apple TV tidak diperkenalkan pada minggu hadapan, mungkin akaun Twitter ini akan diminati pengguna Apple iPhone atau iPad, dan mengikuti pelbagai penawaran permainan terkini dari hari ke hari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd