Cari @ Amanz

Grand Theft Auto V ialah pemegang rekod sebagai permainan video paling laku sepanjang zaman. Sehingga awal bulan lalu sebanyak 54 juta salinan GTA V sudah terjual dengan kutipan jualan melangkaui $1 Billion. Permainan ini mencecah angka jualan 1 billion lebih pantas dari kesemua filem blockbuster tahun lalu. Kini kisah pembangunan siri GTA sudah menjadi filem terbitan BBC yang akan ditayangkan 15 September hadapan. Filem The Gamechanger ini akan memaparkan masalah yang melanda Rockstar Games selepas kontroversi GTA III yang dikatakan terlalu ganas dan insiden Hot Coffee GTA San Andreas.

The Gamechanger dibintangi Daniel Radcliffe sebagai Sam Houser, presiden Rockstar Games dan Bill Paxton sebagai Jack Thompson, peguam yang cuba mengharamkan permainan ganas kerana dipercayai menyebabkan kejadian tembak menembak bertambah di Amerika Syarikat. Dari trailer di bawah ia kelihatan seperti sebuah filem menarik yang harus ditonton oleh peminat GTA seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd