Mozilla Memperkenalkan Firefox Untuk iOS Dalam Bentuk Preview – Terhad Untuk Pengguna New Zealand Buat Masa Ini

Mozilla Memperkenalkan Firefox Untuk iOS Dalam Bentuk Preview – Terhad Untuk Pengguna New Zealand Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Sep 4, 2015 oleh .

Mozilla sebelum ini telah mengatakan bakal menawarkan Firefox untuk pengguna peranti iPhone dan juga iPad. Hari ini, perkara tersebut direalisasikan dengan pengenalan Public Preview – penawaran seumpama beta terbuka untuk iOS. Namun, ia hanya ditawarkan untuk pengguna di New Zealand sahaja buat masa ini.

Mozilla mengatakan buat masa ini mereka lebih memfokuskan untuk mendapatkan maklumbalas ramai berkenaan dengan pelayar web untuk iOS ini. Lanjutan daripada pelbagai maklumbalas yang dikumpulkan ini, Mozilla akan menawarkannya secara umum tidak lama lagi.

Firefox iOS

Melalui Firefox untuk iOS ini, ia menyertakan beberapa ciri-ciri khusus, termasuk Intelligent Search yang mencadangkan kata kunci ketika anda menaip, serta integrasi akaun Firefox untuk membolehkan anda sync data daripada pelayar web desktop ke peranti mudah-alih.

Mozilla tidak mengumumkan bilakah ia akan ditawarkan secara global. Mungkin kita boleh menyasarkan untuk melihatnya dilancarkan secara rasmi pada tahun ini.

Layari : Firefox untuk iOS[/download]


Netflix Kini Menambah Sokongan Penstriman Pelayar Web Firefox Untuk Linux

Jika anda seorang pengguna sistem operasi Linux, anda pasti tahu bahawa untuk menggunakan perkhidmatan penstriman Netflix, anda mempunyai hanya satu pilihan pelayar web, iaitu Google Chrome, ataupun memuat-turun pemalam untuk menduplikasi sokongan DRM Chrome, supaya perkhidmatan tersebut berfikir anda sedang menggunakan pelayar itu. Kini, Netflix baru sahaja mengumumkan bahawa pelayar web Mozilla Firefox juga boleh […]


Mozilla Menguji Fungsi Mendusin Tab Pada Firefox

Pada pelayar web, ada kalanya kita membuka suatu tab, tetapi lupa akan untuk membaca atau melihatnya kembali. Menyedari perkara berkenaan, kini Mozilla sedang menguji sebuah fungsi baru yang dinamakan sebagai “Snooze Tabs”. Melalui Snooze Tabs, anda boleh menyembunyikan sesuatu tab dan mendusin ia kembali selepas suatu waktu yang ditetapkan. Pengguna hanya perlu tekan pada ikon […]


Chrome Dan Firefox Kini Memberi Amaran Ketika Menghantar Data Melalui Sambungan HTTP

Pelbagai syarikat web telah mula beralih ke sambungan berasaskan HTTPS sejak daripada setahun dua yang lepas dalam memberikan sambungan yang lebih selamat, selain beberapa ciri-ciri tambahan yang lain. Kini, dalam membuatkan ia dilaksanakan oleh lebih ramai pengguna, Google dan Mozilla telah mula mengimplementasikan pelabelan khusus pada pelayar web Chrome dan Firefox terkini.


Firefox Akan Menyokong Windows XP Dan Vista Sekurang-Kurangnya Sehingga September 2017

Windows XP dan juga Windows Vista adalah dua sistem operasi daripada Microsoft yang telah mula dihentikan sokongan untuknya oleh beberapa pengeluar – antara sebabnya adalah kerana Microsoft sendiri yang memfokuskan kepada sistem operasi Windows 7 dan keatas, selain beberapa sokongan moden yang sukar dilaksanakan padanya.


Mozilla Menawarkan Pelayar Web Firefox Focus Untuk iOS Dengan Fokus Terhadap Privasi

Mozilla merupakan nama yang tidak asing lagi dalam pembangunan pelayar web. Terkini, mereka telah hadir dengan pelayar web baru khusus untuk pengguna iOS, iaitu Firefox Focus.


Mozilla Sedang Membangunkan Projek Quantum Dengan Fokus Pelayaran Yang Lebih Lancar Dan Pantas

Mozilla merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada teknologi web dan juga pelayar web. Terkini, mereka berkongsi mengenai pembangunan sebuah projek baru yang dinamakan Quantum – enjin web generasi baru yang akan menawarkan pelbagai pembaharuan.


Mozilla Menamatkan Pembangunan Komersial Untuk Firefox OS

Mozilla sebelum ini telah menghentikan pembangunan Firefox OS untuk telefon pintar, dan ketika itu mereka mengatakan ingin membawa platform sumber terbuka berkenaan kepada beberapa peranti berhubung lain. Namun, kini nampaknya perkara berkenaan tidak berlanjutan, dan pihak Mozilla telah menghentikan pembangunan Firefox OS untuk tujuan komersial.


Firefox 53 Dijangka Akan Menamatkan Sokongan Untuk Windows XP Dan Vista

Dengan perkembangan teknologi, beberapa perkara baru dilihat sukar untuk disokong pada sistem operasi lama, dan membuatkan pembangun perisian menamatkan sokongan untuk sistem operasi lama yang telah bertahun-tahun. Terkini, pihak Mozilla dilihat sedang membincangkan untuk menamatkan sokongan Firefox untuk Windows Vista bermula daripada Firefox 53 kelak.


Mozilla Menguji Fungsi Menggantikan Laman Yang Tidak Ditemui Dengan Arkib Dari Internet

Ketika melayari laman web, salah satu perkara yang tidak digemari ramai adalah apabila tiba pada laman yang tidak ditemui, atau biasanya menggunakan angka kod 404. Kini, Mozilla dilihat ingin mengatasi perkara berkenaan dengan kaedah mereka tersendiri.


Firefox Akan Mula Menghalang Kandungan Berasaskan Flash Bermula Ogos 2016

Beberapa pelayar web sebelum ini telah mula mengambil langkah untuk menghalang kandungan Flash pada pelayar web mereka, dan hanya mengaktifkannya atas permintaan pengguna. Kini, Mozilla turut akan mula melakukan perkara sama melalui pelayar web Firefox mereka.


Mozilla Mengumumkan Context Graph – Ingin Memudahkan Pengguna Menemui Kandungan Web

Pada pelayar web, boleh dikatakan butang “Forward” agak jarang digunakan ramai, dan hanya ditekan sekiranya pengguna tertekan butang “Back” secara tidak sengaja. Kini, Mozilla ingin merevolusikan butang “Forward” pada pelayar web dan ingin menjadikannya lebih berguna melalui projek mereka yang dinamakan sebagai Context Graph.


Firefox 47 Adalah Versi Terakhir Firefox Yang Akan Menyokong Android Gingerbread

Mozilla Firefox merupakan salah satu pelayar web popular diseluruh dunia, dan turut ditawarkan untuk pengguna peranti Android. Terkini, Mozilla telah pun mengeluarkan pelayar web Firefox 47 untuk Android, yang mana membawakan beberapa kemaskini, termasuk merupakan penawaran terakhir Mozilla untuk pengguna Android 2.3 Gingerbread.


Firefox Test Pilot Membolehkan Anda Menguji Fungsi Baru Mozilla Firefox Sebelum Ia Dilancarkan

Pelbagai syarikat teknologi sering menawarkan kemudahan untuk pengguna menguji fungsi-fungsi baru melalui versi beta dan sebagainya. Mozilla turut tidak ketinggalan, dan terkini selain penawaran versi beta dan pembangunan, mereka turut memperkenalkan Firefox Test Pilot.


Mozilla Akan Menamatkan Sokongan Firefox Untuk OS X 10.6, 10.7 Dan 10.8 Pada Ogos 2016

Perkembangan teknologi membuatkan beberapa fungsi baru tidak boleh disokong oleh komputer atau sistem operasi yang lama. Disebabkan oleh perkara ini, sokongan beberapa aplikasi dan perisian ditamatkan untuk sistem operasi yang lama.


Firefox OS Untuk Telefon Pintar Tidak Lagi Akan Menerima Sokongan Selepas Mei 2016

Mozilla hari ini berkongsi lanjut mengenai status Firefox OS untuk telefon pintar. Melalui perkongsian Mozilla, mereka mengatakan telefon pintar Firefox OS tidak lagi akan menerima kemaskini selepas versi Firefox OS 2.6. Para pembangun Firefox OS untuk telefon juga akan dipindahkan ke bahagian lain selepas bulan Mei 2016 ini.


Firefox 44 Hadir Dengan Kebolehan Laman Web Menghantar Notifikasi Kepada Anda

Penggunaan notifikasi pada pelayar web telah meningkat popular sejak daripada tahun 2015 yang lepas. Terkini, Mozilla telah memperkenalkan Firefox 44 untuk pengguna desktop – dimana salah satu fungsi yang menjadi fokus utama adalah kebolehan untuk menghantar notifikasi.


Jaga-Jaga, Pautan Ini Boleh Membuatkan Pelayar Web Anda Gagal Berfungsi

Pada hari ini, pelbagai tugasan dilakukan menggunakan pelayar web – sekaligus menjadikannya sebagai salah satu komponen utama dalam penggunaan komputer harian. Terkini, sebuah pautan hadir, dinamakan CrashSafari.com yang boleh membuatkan pelayar web anda gagal berfungsi, sekaligus turut memberikan kesan terhadap penggunaan komputer.


Beberapa Konsep Peranti Firefox OS Diperlihatkan – Termasuk Firefox Hub dan Firefox Pi

Mozilla telah membatalkan pengeluaran Firefox OS untuk telefon pintar sebelum ini, dan mengatakan mereka ingin lebih memfokuskan kepada pengeluaran produk peranti berhubung yang dijana sistem operasi Firefox OS. Lanjutan daripadanya, kini beberapa idea konsep untuk produk dijana Firefox OS hadir ke arena web.


Firefox 64-bit Kini Sedia Dimuat-Turun Pengguna Windows

Mozilla telah mengambil masa yang agak lama untuk memperkenalkan kembali pelayar web Firefox mereka dengan sokongan 64-bit. Hari ini, mereka secara rasminya memperkenalkan Firefox 64-bit untuk pengguna Windows – sekaligus menawarkan beberapa ciri-ciri tambahan untuk pengguna sistem 64-bit.


Mozilla Memperkenalkan Aplikasi Focus Untuk iOS – Menghalang Kandungan Yang Menganggu Privasi

Mozilla akhir-akhir ini dilihat mengurangkan fokus mereka kepada pelbagai produk lain, dan memfokuskan kepada pembangunan pelayar web mereka, dan memberikan lebih privasi kepada pengguna ketika menggunakan web. Terkini, mereka turut melancarkan sebuah aplikasi baru untuk pengguna iOS, dinamakan sebagai Focus by Firefox.

TIPS & ULASAN