Cari @ Amanz

Xiaomi Mi5 PosterXiaomi mempunyai dua telefon pintar flagship pada masa kini, iaitu Xiaomi Mi Note dan juga keluarga Xiaomi Mi. Pada tahun lepas, Xiaomi telah memperkenalkan Mi4, selain turut menawarkan variasi Mi4i pada tahun ini. Dengan telefon pintar yang sering menerima kemaskini setiap tahun, untuk tahun ini, Xiaomi Mi5 dijangka akan diperkenalkan.

Sejak beberapa bulan lepas, beberapa info berkaitan dengan Mi5 telah tertiris, dan kini sebuah gambar poster hadir ke arena web mengatakan ia sebagai poster untuk Mi5 – memberikan petanda Mi5 kelak akan menyertakan sokongan pengimbas cap jari.

Mengikut ura-ura dan desas-desus sebelum ini, Mi5 dikatakan akan menggunakan skrin 5.3-inci, memori 4GB RAM, dan kamera belakang 16-megapixel – selain port pengecasan berasaskan USB Type-C.

Seperti biasa, ini sekadar ura-ura sahaja, dan pihak Xiaomi tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya. Memandangkan terdapat pelbagai perisian penyuntingan gambar, tidak mustahil untuk poster ini dipalsukan. Tetapi memandangkan pelbagai peranti pada tahun ini menggunakan sokongan pengimbas cap jari – apatah lagi dengan Android 6.0 Marshmallow yang menyokongnya secara rasmi, maka terdapat kemungkinan pihak Xiaomi menyertakannya pada flagship akan datang mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd