Aplikasi Zenfone VR Daripada Asus Membolehkan Anda Merakamkan Gambar Selfie Di Angkasa

Aplikasi Zenfone VR Daripada Asus Membolehkan Anda Merakamkan Gambar Selfie Di Angkasa

Diterbitkan pada Sep 4, 2015 oleh .

Terdapat beberapa peranti memfokuskan kepada realiti-maya pada hari ini, termasuk salah satu yang popular adalah penawaran Google Cardboard – membolehkan anda menikmati teknologi realiti-maya pada kos sangat rendah. Mengambil inspirasi daripada Google Cardboard, kini Asus turut menyediakan sebuah aplikasi khusus dinamakan sebagai Zenfone VR.

Asus Zenfone VR

Zenfone VR merupakan salah satu aplikasi untuk pengguna Android untuk digunakan bersama-sama dengan Google Cardboard. Melaluinya, pengguna boleh menikmati pengalaman melihat angkasa, disamping turut hadir dengan fungsi untuk membolehkan anda merakamkan gambar selfie di angkasa.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma oleh Asus untuk semua pengguna, dan anda hanya memerlukan Google Cardboard bersama-sama dengan telefon Android anda untuk mula menggunakan dan menikmati kandungannya.

Muat-Turun Zenfone VR untuk Android


TIPS & ULASAN