Cari @ Amanz

WhatsApp Kini Mempunyai Lebih 900 Juta Pengguna Aktif Bulanan

Oleh Aman

Link Copied!

WhatsAppWhatsApp merupakan salah satu perkhidmatan permesejan popular, dan telah diambil-alih oleh Facebook sebelum ini pada nilai melangkaui $19 bilion. Sejak daripada pengambil-alihan, WhatsApp terus berkembang dari hari ke hari, dan hari ini, Jan Koum mengumumkan WhatsApp mempunyai lebih 900 juta pengguna aktif bulanan yang menggunakan perkhidmatan mereka.

WhatsApp pada awalnya merupakan perkhidmatan permesejan yang ringkas dan mudah digunakan. Pengguna boleh mendaftar menggunakannya dengan hanya nombor telefon sahaja, dan turut menambah rakan-rakan lain menggunakan nombor telefon mereka.

Sejak pengambil-alihan oleh Facebook, beberapa fungsi baru telah hadir ke WhatsApp, termasuk salah satunya adalah sokongan panggilan suara. Pengguna WhatsApp kini boleh membuat panggilan suara antara satu sama lain, dan ia menawarkan kualiti yang agak baik – walaupun masih belum sebaik pada Facebook Messenger (daripada penggunaan kami) buat masa ini.

Disamping itu, WhatsApp juga turut telah menawarkan versi web mereka kepada pengguna sejak beberapa bulan lepas, dimana ia kini boleh digunakan oleh semua pengguna tanpa mengira platform.

Dengan perkembangan positif ini, tidak mustahil untuk kita melihat WhatsApp mengumumkan pencapaian angka aktif sehingga 1 bilion dalam beberapa bulan lagi.


Komen ()