Cari @ Amanz

Penantian selama tiga bulan oleh pengguna PC akhirnya berakhir. Patch yang memperbaiki masalah Batman Arkham Knight versi PC kini sedia dimuat turun. Ianya menjalani ujian Beta minggu lalu dan menerima pujian kerana memperbaiki masalah sela masa sehingga ia sukar untuk dimainkan. Skrin tetapan parameter grafik yang biasa dilihat pada permainan PC juga kini ditambah baik dengan lebih banyak pilihan untuk mereka yang mahukan kebebasan melakukan kustomasi grafik.

Batman-Arkham-City

Patch ini hanya memperbaiki masalah besar grafik yang melanda majoriti pengguna PC. Pada waktu yang sama pihak Warner Brothers Interactive Entertainment sedang bekerja keras menghasilkan sebuah lagi patch yang akan melakukan perkara berikut.

  • Menambah sokongan SLI dan Crossfire
  • sokongan DLC Season Pass
  • Menambah fungsi Photo Mode
  • Memperbaiki masalah dengan komputer yang masih menggunakan Windows 7.
  • Memperbaiki masalah pengguna yang hanya mempunyai RAM sebesar 8 Gigabyte
  • Menyelesaikan masalah pengguna Windows 10 yang menggunakan GPU AMD.

Sungguhpun patch yang dijanjikan kini boleh dimuat turun, Batman Arkham Knight masih belum dijual semula di laman Steam. Mungkin pihak Steam masih menanti maklum balas majoriti pengguna selepas memuat turun patch sebelum mengaktifkan semula pembelian permainan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd