Google Chrome sering dikritik kerana penggunaan memori yang tinggi, dan sejak beberapa versi Chrome yang lepas, Google telah mula mengoptimasikan penggunaan memori mereka. Hari ini, dengan pengenalan Chrome 45, Google turut berkongsi lanjut mengenai pengoptimasian yang dilakukan oleh mereka untuk penggunaan memori.
Menurut Google, kini Chrome menggunakan memori yang lebih rendah, sekaligus menjadikan penggunaan kuasa untuk komputer adalah kurang berbanding sebelum ini. Daripada ujian yang dilakukan Google, mereka berjaya mengurangkan penggunaan memori sehingga 10% dalam ujian kasar, yang mana membawa kepada penggunaan bateri lebih 15%.
Chrome mengatakan, kini pelayar web berkenaan menggunakan teknik penjimatan memori yang baru, dimana ia mengesan laman web yang dalam keadaan idle, dan mengurangkan memori yang digunakan olehnya. Perkara ini semestinya menguntungkan ramai pengguna yang sering membuka sejumlah tab pada pelayar web mereka.
Disamping itu, kini dalam memudahkan restore tab pada pelayar web, Chrome akan menguruskannya dengan lebih efisyen – dimana tab paling terkini akan dibuka dengan lebih pantas sebelum tab-tab lain dibuka. Proses ini hanya berlaku jika anda menutup Chrome dan diberi pilihan “Restore Tabs”.
Fungsi penjimatan yang baru ini boleh dinikmati semua pengguna Chrome dengan mengemaskini pelayar web mereka kepada Chrome 45.