Runtastic Yang Kini Dimiliki Adidas Memperkenalkan Jam Tangan Analog Memfokuskan Kepada Kecergasan

Runtastic Yang Kini Dimiliki Adidas Memperkenalkan Jam Tangan Analog Memfokuskan Kepada Kecergasan

Diterbitkan pada Sep 4, 2015 oleh .

Runtastic merupakan salah satu syarikat memfokuskan perisian dan peranti kecergasan – yang mana telah diambil-alih oleh Adidas sebelum ini. Selang beberapa minggu selepas pengambil-alihan, kini Runtastic mengumumkan pengenalan peranti Runtastic Moment yang baru – iaitu sebuah jam tangan memfokuskan kepada kecergasan.

Runtastic Moment

Runtastic Moment ini tidak menggunakan sebarang skrin sentuh, tetapi lebih kepada jam tangan berbentuk analog. Pada jam tangan ini, ia hanya memaparkan masa, selain turut menunjukkan langkah perjalanan yang telah dilalui anda pada sesuatu hari. Langkah perjalanan ini ditunjukkan dalam bentuk peratus pada jam tangan.

Perkara ini membolehkan jam tangan ini beroperasi sehingga 6 bulan tanpa sebarang masalah, dan menggunakan bateri jam biasa yang tidak boleh dicas semula. Jam ini juga masih mengintegrasikan pelbagai ciri-ciri kecergasan untuk memantau aktiviti pengguna. Data berkenaan akan disimpan pada jam dan boleh di sync ke aplikasi khusus untuknya untuk memaparkan ia dengan jelas. Runtastic Moment ini dikatakan boleh menyimpan data sehingga seminggu pada jam berkenaan.


TIPS & ULASAN