Cari @ Amanz

Pihak Meizu Malaysia hari ini telah pun mengumumkan kemaskini sistem operasi untuk pengguna telefon pintar Meizu MX4 dan juga Meizu MX4 Pro di Malaysia. Kemaskini baru yang ditawarkan adalah Flyme OS 4.5.5 yang berasaskan kepada Android 5.0 Lollipop.

Meizu FlyMe

Melalui nota kemaskini yang dikeluarkan pihak Meizu, versi baru ini dilihat menawarkan kemaskini kepada Android 5.0.1, dan turut mengemaskini dari segi penggunaan versi baseband. Ia juga turut menawarkan kemaskini dari segi prestasi sistem telefon pintar secara menyeluruh.

Pengguna Meizu MX4 dan MX4 Pro boleh memuat-turunnya hari ini. Pihak Meizu Malaysia turut menyasarkan untuk menawarkan kemaskini yang lebih kurang sama untuk pengguna Meizu M1 Note pada bulan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd