Acer Membuat Pelaburan Pada Jibo Dalam Usaha Memasuki Arena Robotik

Acer Membuat Pelaburan Pada Jibo Dalam Usaha Memasuki Arena Robotik

Diterbitkan pada Sep 5, 2015 oleh .

Pelbagai syarikat teknologi akhir-akhir ini memfokuskan kepada industri robotik, termasuk seperti Google, Asus dan sebagainya. Kini, Acer turut tidak ketinggalan, dan telah pun mengumumkan secara rasmi pelaburan mereka mereka pada salah satu syarikat robotik, iaitu Jibo.

JIBO

Jibo sebelum ini telah memperlihatkan produk mereka dengan memfokuskan kepada robot sosial untuk setiap keluarga. Mereka sebelum ini telah mengumpulkan dana melalui laman IndieGogo. Pelaburan baru daripada Acer dan beberapa pihak lain ini memudahkan lagi syarikat berkenaan turut memperluaskan dan mempertingkatkan penawaran mereka.

Acer masih tidak mempunyai pusat kajian dan pembangunan robotik buat masa ini, dan pelaburan ini membolehkan mereka mendapat idea awal disamping menyertai arena sama. Acer turut dipetik mengatakan kelak mungkin mereka akan mengambil-alih syarikat robotik dalam usaha untuk memasuki industri ini.

Acer ingin mengintegrasikan sokongan perkomputeran awan mereka pada robot Jibo – tetapi ia masih pada peringkat perbincangan.

Acer turut dikatakn sedang berbincang dengan bebrapa syarikat lain yang mengeluarkan robot untuk tujuan komersial, dan ingin melabur dalam beberapa syarikat lain.


TIPS & ULASAN