Alcatel Melancarkan Jam Pintar Go Watch

Alcatel Melancarkan Jam Pintar Go Watch

Diterbitkan pada Sep 5, 2015 oleh .

Alcatel tidak mahu ketinggalan di dalam penghasilan jam tangan pintar. Semalam mereka melancarkan jam pintar Go Watch mereka di IFA 2015. Jam tangan pintar ini mempunyai rekaan tahan lasak dan persis sebuah Casio G-Shock. Menarik sekali ia menggunakan sistem operasi khas Alcatel iaitu Go Watch OS yang membolehkannya digunakan oleh peranti Android dan iOS.

Alcatel Go Watch

Dari segi spesifikasi ia mempunyai skrin 1.22″ IPS LCD (240x 240 pixel), pemproses Cortex M4 dan bateri sebesar 225 mAh. Pengesan nadi, giroskop, altimeter dan pedometer disertakan bagi mengesan tahap kesihatan pemakai. Tiada maklumat mengenai harga ataupun bilakah ia akan mula dijual. Kepada peminat G Shock ang penat menunggu jam tangan pintar kegemaran anda yang tidak kunjung tiba, Go Watch ialah alternatif yang mempunyai rupa yang sama.


TIPS & ULASAN