Marshall Stockwell – Pembesar Suara Paling Bergaya Untuk Peranti Pintar
Artikel Berkaitan

Marshall Stockwell – Pembesar Suara Paling Bergaya Untuk Peranti Pintar

Diterbitkan pada Sep 5, 2015 oleh .

Jika anda pernah menyimpan impian menjadi bintang muzik Rock, anda pasti pernah juga mengidam impian memiliki amplifier gitar buatan Marshall. Julai lalu mereka memperlihatkan London, telefon Android yang mengekalkan ciri-ciri menarik amplifier mereka. Ia mempunyai tombol suara diperbuat daripada tembaga dan kemasan Tolex. Tidak cukup dengan peranti pintar paling sesuai untuk seorang bintang rock, kini mereka memperlihatkan pembesar suara mudah alih untuk peranti pintar.

Marshall-Stockwell-1

Marshall Stockwell kelihatan seperti sebuah amplifier gitar versi mini. Ia mempunyai dua pembesar suara dan satu woofer terbina. Terdapat tiga tombol tembaga yang mengawal kekuatan bunyi, bass dan treble. Ia boleh disambungkan menggunakan jack 3.5 mm ataupun tambatan Bluetooth. Terdapat port USB pada bahagian belakang yang membolehkan ia turut berfungsi sebagai sebuah power bank. Sebuah mikrofon terbina juga diseretkan sekiranya anda mahu menggunakannya sebagai kit bebas tangan melakukan panggilan telefon. Pembesar suara yang amat bergaya ini akan dijual pada suku ke-empat 2015 pada harga $259 sebuah lengkap dengan penutup khas. Menurut Marshall pembesar suara seberat 1.2 Kilogram ini boleh berfungsi berterusan selama 25 jam sebelum perlu dicas.

Harus akui ini adalah pembesar suara peranti pintar pertama yang membuatkan kami berteriak “sila ambil wang saya”. Harganya mungkin mahal tetapi dengan jenama Marshall anda tahu anda akan mendapat pembesar suara dengan kualiti audio yang baik.

Marshall-Stockwell-2


TIPS & ULASAN