Cari @ Amanz

Pada peranti WIndows Phone 8.1, pihak Microsoft telah menawarkan beberapa aplikasi khusus untuk Lumia memfokuskan kepada rakman gambar dan penyuntingan gambar. Antara yang diperkenalkan ketika itu adalah termasuk Lumia Refocus, Storyteller, Photobeamer, dan juga Beamer.

MWC2015- Lumia 640 XL -IMG_0132

Terkini, dengan usaha pihak untuk menjadikan sistem operasi Windows selari pada pelbagai saiz peranti, pihak Microsoft hari ini mengumumkan akan menamatkan sejumlah aplikasi memfokuskan kamera tersebut bermula 30 Oktober kelak.

Lumia Storyteller, Lumia Beamer, Photobeamer, dan juga Lumia Refocus tidak lagi akan mempunyai akses untuk perkhidmatan online selepas 30 Oktober kelak. Lumia Panorama dan Video Uploader pula akan terus boleh digunakan pengguna, tetapi tiada sebarang kemaskini akan ditawarkan selepas tarikh tersebut.

Microsoft akan menawarkan aplikasi kamera dan galeri yang mengintegrasikan pelbagai fungsi melalui kemaskini Windows 10 Mobile akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd