Carian
OnePlus 2 Daripada Maxis Akan Ditawarkan Pada Harga RM1687?
September 6, 2015 Aman

Maxis merupakan salah satu penjual eksklusif untuk OnePlus di Malaysia, dimana sebelum ini mereka telah memperkenalkan OnePlus di Malaysia. Dengan pengumuman OnePlus 2, pihak Maxis sekali lagi menjadi terawal di Malaysia mengatakan akan menawarkannya, selain telah memulakan pendaftaran minat untuk mendapatkan jemputan untuk membelinya.

Terkini, sebuah gambar hadir ke arena web, memperlihatkan leaflet jualan untuk OnePlus 2 daripada Maxis. Daripadanya, ia memperlihatkan OnePlus 2 akan ditawarkan oleh Maxis pada harga jualan RM1687.

OnePlus 2

OnePlus 2

Ia tidak diketahui lagi apakah versi yang akan dibawakan oleh Maxis untuk pasaran tempatan. Tetapi daripada pembahagian dengan mata wang tempatan, ia memperlihatkan Maxis mungkin menawrkan OnePlus 2 dengan ruangan storan 64GB.

OnePlus 2 membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 810, memori dalam pilihan 3GB RAM atau 4GB RAM, serta menggunakan bateri berkapasiti 3300mAh. Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Sebuah butang fizikal khusus turut disediakan pada bahagian tepi peranti ini untuk mengawal kadar volume, selain OnePlus 2 yang menyertakan port pengecasan USB Type-C, dan turut dilengkapi sokongan pengimbas cap jari.

OnePlus 2 Maxis

Gambar yang tertiris ini juga memperlihatkan OnePlus 2 akan menyokong pelan Zerolution daripada Maxis, dimana pengguna tidak perlu membayar sebarang wang pendahuluan yang tinggi seperti sebelum-sebelum ini. Pengguna yang ingin mendapatkan OnePlus 2 perlulah mempunyai kod jemputan unik daripada Maxis untuk membolehkan mereka membelinya.

Jika benar harga jualan akhirnya adalah RM1687, adakah anda akan mendapatkannya ataupun memilih jenama yang lain seperti Honor atau Xiaomi? OnePlus One sebelum ini merupakan salah satu peranti popular memandangkan mereka menawarkannya pada harga rendah, iaitu sekitar RM1199 sahaja.

Komen