Cari @ Amanz

TwitterTwitter sebelum ini mengehadkan penghantaran Direct Message (DM) kepada hanya sekitar 140 aksara sahaja. Bermula bulan Ogos lepas, Twitter telah mula menawarkan kemudahan untuk pengguna menghantar DM tanpa had aksara di web, aplikasi Android dan juga iPhone.

Kini, aplikasi Twitter untuk Windows Phone turut dikemaskini, membolehkan pengguna menghantar Direct Message tanpa had aksara.

Dengan penawaran ini, Twitter kini membolehkan pengguna untuk berkongsi mesej yang lebih panjang – sehingga 10000 aksara, sekaligus memudahkan lagi anda menyampaikan mesej yang panjang secara peribadi kepada pengguna lai – tanpa perlu menghantar sesuatu mesej dalam pelbagai pecahan seperti sebelumnya.

Bagi pengguna Windows Phone, anda boleh memuat-turun aplikasi Twitter untuk Windows Phone versi baru dan menggunakan fungsi baru yang ditawarkan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd