Cari @ Amanz

HTC pada tahun ini telah memperkenalkan beberapa peranti dibawah keluarga One, dan kini, mereka turut tidak melupakan telefon pintar dibawah keluarga Desire. Terkini, HTC turut dilihat telah memperkenalkan HTC Desire 728 secara rasminya di China.

HTC Desire 728 merupakan salah satu phablet daripada HTC, hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci. Memandangkan ia merupakan telefon pintar dibawah keluarga Desire, maka ia tidak membawakan spesifikasi yang tinggi, tetapi boleh dikategorikan sebagai peranti berspesifikasi pertengahan.

HTC Desire 728

Untuk panel paparan sendiri, ia menawarkan resolusi 720×1280 pixel. HTC Desire 728 ini turut menggunakan cip MediaTek MT6753 1.3GHz, dan dilengkapi dengan memori 2GB RAM. Telefon pintar ini turut dilengkapi sokongan dwi-SIM dan menyokong rangkaian 4G LTE.

Untuk tujuan rakaman gambar, HTC Desire 728 menggunakan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang, dan kamera 5-megapixel pada bahagian hadapan. Telefon pintar ini menggunakan Android 5.1.1 Lollipop dengan antaramuka HTC Sense.

Buat masa ini, ia hanya diperkenalkan untuk pasaran China sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan ditawarkan untuk pasaran global ataupun tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd