Sokongan Force Touch Pada iPhone 6s Dilaporkan Akan Mengesan Tiga Tahap Sentuhan – 3D Touch?

Sokongan Force Touch Pada iPhone 6s Dilaporkan Akan Mengesan Tiga Tahap Sentuhan – 3D Touch?

Diterbitkan pada Sep 7, 2015 oleh .

Apple telah memperkenalkan sokongan Force Touch pada jam tangan pintar Apple Watch mereka, selain turut membawanya kepada pengguna Macbook. Untuk iPhone 6s yang bakal diperkenalkan pada minggu ini, Apple dikatakan akan turut menyertakan fungsi Force Touch pada skrin telefon pintar berkenaan.

Melalui laporan terbaru, ia dikatakan Apple akan menggunakan kebolehan mengesan tiga tahap sentuhan yang berbeza – dan berkemungkinan dipanggil oleh Apple sebagai “3D Touch Display”.

Melalui tiga tahap sentuhan yang ditawarkan, Apple dikatakan akan mengesan tap biasa, apabila pengguna tekan skrin, dan juga apabila pengguna tekan skrin dengan lebih kuat.

Ia juga dijangka akan menawarkan fungsi tambahan melalui penggunaannya. Sebagai contoh pengguna boleh membuat carian lokasi di peta, dan menekan pada skrin melalui Force Touch untuk mengaktifkan fungsi navigasi secara serta-merta.

Apple dijangka akan berkongsi lanjut mengenai telefon pintar mereka yang baru ini kelak pada minggu ini.

Selain daripada Apple, sebelum ini, Huawei telah mengumumkan Huawei Mate S yang membawakan sokongan Force Touch, dan turut menggunakan gambar promosi memperlihatkan pengguna boleh menimbang menggunakan skrin pada telefon berkenaan. Mungkinkah kelak kita akan melihat lebih banyak peranti menggunakan Force Touch ini hadir ke pasaran?

Huawei Mate S

Huawei Mate S

Huawei Mate S


TIPS & ULASAN