Canon merupakan salah satu syarikat terkemuka dalam pengimejan dan kamera. Hari ini, mereka mengumumkan pembangunan terbaru dalam syarikat mereka, iaitu sebuah sensor CMOS APS-H yangmembolehkan rakaman 250-megapixel (19580×12600 pixel) – sekaligus menjadikan ia bilangan pixel paling tinggi di dunia pada hari ini untuk sebuah sensor CMOS.
Walaupun menggunakan sensor yang besar, tetapi ia beroperasi dengan pantas. Canon mengatakan ia boleh readout sepantas 1.25 bilion pixel sesaat dengan teknologi pemprosesan signal terbaru mereka. Disamping itu, ia turut boleh merakamkan video berkualiti ultra-pixel pada kadar 5fps.
Daripada perbandingan yang diberikan oleh Canon, apabila sensor ini dipasang pada kamera, ia membolehkan pengguna membezakan tulisan pada rakaman gambar pada tepi kapal terbang yang terbang pada jarak sehingga 18km dari tempat rakaman.
Pengumuman daripada Canon ini lebih kepada memperlihatkan pembangunan teknologi sensor pengimejan mereka. Ia mungkin mengambil masa yang lama lagi sebelum kamera menggunakannya hadir ke pasaran.