iPay88 – Syarikat Memfokuskan Perkhidmatan Pembayaran Online Di Malaysia Diambil-Alih Oleh NTT Data Group

iPay88 – Syarikat Memfokuskan Perkhidmatan Pembayaran Online Di Malaysia Diambil-Alih Oleh NTT Data Group

Diterbitkan pada Sep 7, 2015 oleh .

iPay88 merupakan salah satu perkhidmatan pembayaran online yang memudahkan para pengguna tempatan melakukan pembayaran untuk pembelian mereka di internet menggunakan sebarang bank, selain membolehkan pemilik perniagaan mendapatkan pembayaran dengan mudah.

iPay88

Terkini, ia diumumkan NTT Data Group telah pun mengambil-alih iPay88, sekaligus menjadikan iPay88 sebagai salah satu subsidiarinya. Pengambil-alihan iPay88 oleh NTT Data Group ini membolehkan mereka menyertai arena perniagaan pembayaran online terutamanya di Asia-Pasifik yang berkembang pesat.

iPay88 sendiri mempunyai operasi bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Indonesia, Singapura, Filipina, Vietnam dan juga Thailand. NTT Data Group mengatakan mereka akan terus memperkukuhkan dan memperluaskan kedudukan mereka di rantau Asia-Pasifik.

iPay88 pada minggu lepas mengatakan mereka merupakan perkhidmatan pembayaran online terkemuka di Malaysia, dan mempunyai pegangan pasaran sehingga 60%. Pada tahun ini sahaja, mereka telah menambah beberapa nama besar sebagai pelanggan mereka termasuk KTM, Tune Money, Hilton Hotel, Padini dan sebagainya.


TIPS & ULASAN