Cari @ Amanz

Hari ni kami berpeluang melawat ibu pejabat Oppo di Shenzen. Di daam lawatan ini kami menemui berharap individu yang bertanggungjawab melakukan rekaan fizikal peranti, pereka antaramuka ColorOS dan juga perancang strategi jualan peranti tanah besar China ini.. Beberapa soalan yang selama ini ingin kami tanyakan kepada mereka akhirnya dapat disampaikan secara terus kepada pihak atasan. Beberapa soalan yang kami terima dari pembaca Amanz juga sempat kami tanyakan.Berikut ialah beberapa soalan dan jawapan yang sempat kami sampaikan di dalam pertemuan lebih dari sejam.

 

Oppo SOal Jawabayahdpwdd'wd
Amanz – Ke peranti Oppo masih menggunakan butang Menu sedangkan pesaing sekarang sudah lama beralih kepaa penggunaan butang multi tasking. Mengapa masih dikekalkan adan adakah perancangan untuk mengikut trend semasa?
Oppo – Kami menyedari peranti di luar sana semakin banyak menggunakan butang multi tasking. Kami juga menerima banyak maklum balas dari pengguna mengenai hal ini. Oppo masih lagi sebuah syarikat yang berpangkalan di China dan oleh itu rekaan kami lebih  ke arah pengguna tempatan. Pengguna di China masih lebih gemar menggunakan butang menu dan oleh sebab itulah kami mengekalkan fungsi ni. Sungguhpun begitu kami akan mengikuti perkembangan semasa dan memang merancang memperkenalkan butang  multi tasking seawal tahun hadapan.

A – Bagaimana pula tentang penggunaan butang navigasi sepenuhnya di atas skrin? Kami sedari setakat ini hanya Oppo R7 Plus menyokong fungsi ini. Pada peranti lain butang kapasitif pada dagu masih digunakan.
O – Sekali lagi kami mengikut keperluan pengguna China. Penggunaan butang navigasi di atas skrin pada R7 Plus ialah percubaan awal berubah dari rekaan biasa kami. Memang kami ada perancangan untuk berubah sepenuhnya kepada butang sebegini tetapi ia akan dilakukan secara berperingkat. Pilihan kustomasi kedudukan butang navigasi atas skrin juga akan kami sertakan sekali.

A- Soalan dari pembaca sekarang. Adakah ColorOS akan diubah antaramukanya? Sejak menggunakan peranti Oppo N1 kami sedari perubahan rekaan pada Color OS adalah terlalu minimum. Dengan wujudnya Android Marshmellow adakah rekaan lebih minimalis dan rata bakal digunakan pada Color OS seterusnya?
O – BUat masa ini tiada perancangan untuk merubah antaramuka ColorOS. Kami lebih menumpukan untuk menjadikannya lebih pantas dan menjimatkan bateri terlebih dahulu. Kepada pengguna yang mahukan antaramuka lebih kepada Android Vanilla kami akan melakukannya melalui muat turun tema aplikasi Themes kami kelak.

A- Adakah Oppo akan mengeluarkan senarai peranti yang akan menerima kemas kini sistem operasi dan juga memberikan tarikh muktamad bilakah setiap kemaskini akan diterima?
O- Peranti kami tidak menggunakan sistem operasi paling terkini kerana kami mahu memastikan peranti berfungsi dengan sebaik yang mungkin terlebih dahulu. Kami tidak mahu sistem operasi terkini digunakan tetapi menimbulkan masalah kepada pengguna. Di Oppo kami percaya kepada prinsip “kami mungkin berjalan perlahan tetapi kami berjalan dengan stabil”.

A- Anda pernah bekerjasama dengan Cyanogen dan antaramuka mereka lebih disukai pengguna di luar China. Mungkin anda boleh bekerjasama lagi dengan mereka supaya pengguna di luar China akan mempunyai lebih banyak pilihan.
O- Tidak. Kami tidak akan bekerjasama lagi dengan mereka.

Oppo SOal Jawabatyamsda;a
A- Semakin banyak syarikat memperkenalkan jam tangan pintar dan peranti boleh-pakai. Kami mendengar ura-ura Oppo membangunkan jam pintar sejak Mac tahun ini. Adakah ini benar-benar sedang dibangunkan pihak anda?
O- Buat masa ini kami tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghasilkan jam tangan pintar. Kami melihat jumlah jualan jam tangan pintar sekarang dan menyedari ianya masih belum mendapat sambutan. Ura-ura yang didengari sebenarnya hanyalah lukisan konsep yang kami hasilkan. Kami hanya akan memasuki pasaran jam tangan pintar apabila ia lebih matang kelak. Maka peranti boleh-pakai kami hanya O-Band sahaja sekarang.

A- Pengecasan pantas VOOC kami akui memang pantas tetapi menggunakan kabel USB yang sukar dicari. Adakah Oppo akan menggunakan sistem pengecasan standard seperti Quick Charge pada masa hadapan yang boleh menggunakan kabel MikroUSB biasa ataupun USB-C?
O- Tidak. Kami merasakan sistem VOOC adalah terpantas dan paling selamat di pasaran sekarang. Kami percaya kami mendahului dalam teknologi pengecasan pantas. Sebenarnya kami percaya VOOC sepatutnya digunakan oleh peranti lain dan bukan sebaliknya. Mengenai USB-C kami sentiasa melihat permintaan pengguna. Buat masa ini masih belum cukup untuk menggunakannya.

A – Bagaimana pula mengenai pengecasan tanpa wayar?
O- Kami melihat teknologi pengecasan tanpa wayar ini sebagai masih belum matang. Ia juga gagal menandingi kepantasan pengecasan VOOC. VOOC adalah sistem pengecasan terbaik buat peranti kami buat masa ini.

A- Kenapakah Oppo hanya mengeluarkan peranti menggunakan nombor ganjil? Ada sebab di sebaliknya?
O – Tiada apa-apa sebenarnya. Kami sengaja memilih menggunakan nombor ganjil pada setiap peranti yang dihasilkan.

A- Apakah pandangan Oppo mengenai pasaran peranti anda di Malaysia? Memuaskan ataupun tidak?
O- Kami cukup berpuasa hati dengan jualan di Malaysia malahan negara anda adalah antara pasaran yang mencatatkan jualan tertinggi produk kami di dunia.Di Malaysia kami memagang 12% pasaran peranti pintar.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd