iPad Pro Dijangka Hadir Dengan Skrin 12.9-inci – Harga Menghampiri Macbook

iPad Pro Dijangka Hadir Dengan Skrin 12.9-inci – Harga Menghampiri Macbook

Diterbitkan pada Sep 8, 2015 oleh .

Pada minggu ini, Apple dijangka akan memperkenalkan beberapa produk baru disamping pengenalan iPhone 6S. Salah satunya adalah berkemungkinan iPad Pro – salah satu tablet yang memfokuskan kepada pengguna perusahaan, dan membawakan skrin bersaiz 12.9-inci.

iPad Pro ini bakal menggunakan iOS9, dan dijangka dijual bermula daripada bulan November kelak di Amerika Syarikat – dan mungkin mengambil masa beberapa bulan sebelum hadir ke pasaran tempatan.

iPad Air 2

Dengan menggunakan iOS 9, ia turut akan menyokong kebolehan menjalankan dua aplikasi pada satu skrin melalui fungsi split-screen. Ia dikatakan iPad Pro akan menyokong menjalankan dua aplikasi serentak pada paparan saiz penuh – memandangkan saiz tabletnya yang mencapai 12.9-inci. Dengan skrin dan penggunaan tenaga yang lebih banyak, tablet ini juga dijangka menggunakan cip pemprosesan yang lebih berkuasa daripada Apple.

Apple dijangka menawarkannya dalam pilihan storan bermula 64GB – dan mereka turut akan menawarkan stylus dan juga papan kekunci sebagai aksesori tambahan.

Apple bakal mengadakan acara pengumuman mereka pada pagi hari Khamis ini (10 September waktu tempatan), dan seperti biasa, ia turut akan disiarkan secara langsung melalui web mereka.


TIPS & ULASAN