Asus ZenPad 7.0 Dan ZenPad C 7.0 Kini Ditawarkan Melalui Asus Online Store

Asus ZenPad 7.0 Dan ZenPad C 7.0 Kini Ditawarkan Melalui Asus Online Store

Diterbitkan pada Sep 8, 2015 oleh .

Siri tablet Asus ZenPad yang baru telah dilancarkan di Malaysia beberapa minggu yang lepas, dan mungkin terdapat beberapa pengguna masih sukar menemuinya – terutamanya di lokasi-lokasi yang jauh daripada bandar. Kini, selain menjualnya melalui pengedar rasmi seluruh negara, Asus Malaysia juga telah mula menawarkannya melalui Asus Online Store.

Asus ZenPad - Pandang pertama -IMG_9895

Dua variasi tablet ditawarkan dibawah keluarga ZenPad ini, iaitu Asus ZenPad 7.0 dan juga Asus ZenPad C 7.0.

Asus ZenPad C 7.0 merupakan tablet bersaiz 7-inci dengan resolusi 1024×600 pixel, dan memfokuskan kepada tablet yang nipis dan mudah untuk dibawa kemana-mana. Tablet ini menggunakan memori 1GB RAM, dijana menggunakan cip Intel, serta dilengkapi sokongan dwi-SIM. Ia menyertakan sokongan speaker pada bahagian hadapan dalam memudahkan pengguna menikmati audio dengan baik.

Asus ZenPad 7.0 pula lebih memfokuskan kepada fesyen, dan kebolehan untuk mengubah warna kerangka belakang untuk tablet ini. Tablet ini berspesifikasi sedikit tinggi – menggunakan cip Intel x3, serta memori 2GB RAM. Tablet bersaiz 7-inci ini turut dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri eksklusif, termasuk sokongan PixelMaster untuk rakaman gambar yang jelas pada pelbagai keadaan cahaya.

Asus ZenPad 7.0 dijual pada harga RM749 di Malaysia, sementara Asus ZenPad C 7.0 pula berharga RM529. Kedua-duanya sudah boleh ditempah melalui Asus Online Store.

Layari : Asus Online Store


TIPS & ULASAN