Pengguna Galaxy Note 4? Sudahkah Anda Kemaskini Peranti Kepada Android 5.1.1

Pengguna Galaxy Note 4? Sudahkah Anda Kemaskini Peranti Kepada Android 5.1.1

Diterbitkan pada Sep 8, 2015 oleh .

Bagi para pengguna Samsung Galaxy Note 4, pihak Samsung telah pun mula menawarkan kemaskini Android 5.1.1, yang mana membawakan sokongan kestabilan dan prestasi untuk para pengguna peranti tersebut.

Galaxy Note 4 Loillipop

Kemaskini bersaiz melebihi 700MB ini ditawarkan melalui OTA dan juga turut boleh didapati menggunakan Kies. Seperti biasa, pengguna dinasihatkan untuk membuat salinan pendua data terlebih dahulu sebelum memulakan proses naik-taraf.

Daripada apa yang kami lihat, ia masih menggunakan TouchWiz versi lama, dan belum menggunakan versi yang hadir bersama Galaxy S6. Apa pun, bagi pengguna Galaxy Note 4, anda mungkin boleh naik-tarafnya dan menikmati versi terkini Android yang ditawarkan untuk anda.


TIPS & ULASAN