Cari @ Amanz

Sony pada minggu lepas telah memperkenalkan Xperia Z5, Xperia Z5 Premium, dan juga Xperia Z5 Compact. Kini, hadir sebuah desas-desus baru mengatakan Sony turut akan memperkenalkan sebuah phablet dibawah keluarga Xperia Z5, dinamakan sebagai Xperia Z5 Ultra.

Sony Xperia Z5

Sony sebelum ini pernah memperkenalkan Xperia Z Ultra, sebuah phablet yang menerima pujian ramai pengguna, malah ada yang masih menggunakannya sehingga hari ini. Mengikut desas-desus, Xperia Z5 Ultra ini kelak dijangka membawakan skrin bersaiz 6.44-inci dan dilengkapi skrin paparan 4K seperti Xperia Z5 Premium. Kita mungkin dapat menjangka fungsi-fungsi serupa seperti pengimbas cap jari dan kalis air turut hadir pada peranti ini.

Buat masa ini, berita berkenaan Xperia Z5 Ultra masih dikategorikan sebagai desas-desus sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada Sony akan melancarkannya ataupun tidak. Jika ya, maka kita mungkin akan dapat melihatnya sekitar bulan Mac 2016 kelak – selari dengan acara Mobile World Congress.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd