#MyCyberSale Akan Diadakan Pada 28 September Hingga 2 Oktober – Melibatkan Lebih 400 Penjual Atas-Talian

#MyCyberSale Akan Diadakan Pada 28 September Hingga 2 Oktober – Melibatkan Lebih 400 Penjual Atas-Talian

Diterbitkan pada Sep 8, 2015 oleh .

#MyCyberSale merupakan salah satu inisiatif dibawah Digital Malaysia dalam memperkukuhkan dan mempromosikan industri e-dagang di Malaysia. Pada tahun lepas, ia telah menerima penerimaan yang tinggi – dan daripada kejayaannya, kini ia turut diteruskan untuk tahun 2015.

MyCyberSale

#MyCyberSale untuk tahun 2015 ini akan diadakan antara 28 September hingga 2 Oktober 2015. Kali ini, ia akan disertai oleh lebih 400 penjual atas-talian seluruh negara, termasuk beberapa yang popular seperti Agrobazaar, Go Shop, GEMFIVE, Lazada, Zalora, Lelong, Rakuten, Groupon, 11Street dan sebagainya.

Pada tahun 2014 yang lepas, #MyCyberSale menyaksikan jualan mencapai RM67 juta daripada lebih kurang 227,000 transasksi yang diadakan bersempena dengannya. Angka tersebut dijangka akan meningkat dengan drastik pada tahun ini, apatah lagi dengan penyertaan lebih ramai penjual – dan pengguna sendiri yang kini lebih selesa membuat pembelian atas-talian.


TIPS & ULASAN