Carian
LG
LG Memperlihatkan Konsep TV 4K 111 Inci Dengan Skrin Berkembar Depan Belakang
September 8, 2015 Effi Saharudin

Paparan 4K adalah format televisyen masa hadapan yang masih belum digunakan secara meluas. Harganya yang terlalu tinggi digabungkan dengan ketiadaan kandungan 4K yang mudah ditonton melambatkan penggunaannya di kalangan pengguna.Tetapi ni tidak menghalang LG dari melakukan sebuah lagi inovasi teknologi yang masih baru ini.

LG UHD OLed Double SIded

Mereka memperlihatkan konsep televisyen UHD sebesar 111 inci berkembar dengan skrin di depan dan belakang. Dua input berbeza boleh dipaparkan secara serentak menerusi televisyen prototaip ini. Tambah mengagumkan sungguhpun mempunyai dua skrin, ianya masih lagi mempunyai profil yang nipis. Ini tidak mengejutkan kerana LG juga mempunyai konsep sebuah TV OLED 55″ yang hanya setebal 1 mm pada bulan Mei yang lalu. Ia boleh digantungkan pada dinding dengan hanya menggunakan empat magnet. Buat masa ini kedua-dua konsep ini masih belum bersedia digunakan secara komersial.

Komen