Adblock Plus sedia terkenal sebagai pemalam untuk mengelakkan paparan iklan pada pelayar web desktop. Selain daripada pemalam Adblock Plus, pembangun disebaliknya turut telah menawarkan pelayar web Adblock Browser untuk Android dalam bentuk beta beberapa bulan yang lepas.
Hari ini, secara rasminya mereka melancarkan ia dalam bentuk stabil – bukan sahaja untuk Android, tetapi juga untuk pengguna iOS.
Menggunakan Adblock Browser, pihak Adblock mengatakan ia membolehkan pengguna membuka sesuatu web dengan lebih pantas memandangkan tiada sebarang iklan yang dimuatkan, disamping pada masa yang sama mengurangkan kadar penggunaan bateri.
Adblock Browser juga dikatakan mengukuhkan lagi kadar privasi pengguna, disamping mengurangkan risiko dijangkiti malware.
Seperti pada pemalam pelayar web, menggunakan Adblock Browser juga membolehkan pengguna mengawal bentuk iklan yang dipaparkan, sama ada ingin mengelak paparan semua iklan ataupun hanya sebahagian sahaja.
Bagi pengguna Android dan iPhone, anda boleh memuat-turun pelayar web Adblock Browser ini hari ini dari Google Play Store dan juga Apple AppStore.
- Muat-Turun Adblock Browser untuk Android
- Muat-Turun Adblock Browser untuk iPhone