FIFA 16 Demo Sedia Untuk Dimuat-Turun Pada PlayStation, Xbox Dan PC

FIFA 16 Demo Sedia Untuk Dimuat-Turun Pada PlayStation, Xbox Dan PC

Diterbitkan pada Sep 9, 2015 oleh .

Dalam pelbagai permainan simulasi sukan, salah satu yang popular adalah permainan bola sepak daripada Electronic Arts, iaitu FIFA. Terkini, mereka dalam persiapan untuk pelancaran permainan FIFA 16, dan hari ini telah mula menawarkan demo untuk permainan berkenaan.

FIFA 16 Demo

Melalui FIFA 16 Demo ini, ia membolehkan pengguna untuk mendapatkan pandangan pertama permainan berkenaan sebelum permainan akhir hadir tidak lama lagi – iaitu sekitar 24 September ini.

Melalui demo ini, pemain boleh menikmati pelbagai bentuk animasi dan grafik baru yang dibawakan, selain kaedah kawalan baru yang diintegrasikan bersama dengannya. Turut menjadi salah satu fokus utama adalah kebolehan untuk mengawal pasukan pemain wanita – sama ada USA atau Jerman melalui permainan ini.

Bagi anda yang menggunakan PlayStation 3, PlayStation 4, Xbox 360, Xbox One atau PC, anda boleh memuat-turun permainan FIFA 16 Demo ini secara percuma hari ini.

Muat-Turun FIFA 16 Demo


TIPS & ULASAN