Carian
1/5 Peranti Android Aktif Kini Menggunakan Android Lollipop
September 9, 2015 Aman

Dalam memudahkan pembangun aplikasi mengoptimasikan aplikasi mereka untuk versi Android popular, pihak Google menawarkan data semasa penggunaan versi peranti Android dalam bentuk peratusan. Hari ini, Google telah mengemaskini angka tersebut untuk bulan September, dan memperlihatkan penggunaan Android Lollipop telah pun mencapai angka penggunaan sebanyak 21%.

Android September 2015

Walaubagaimanapun, angka versi yang masih popular buat masa ini adakah Android 4.4 KitKat yang telah diperkenalkan lebih kurang dua tahun lepas.

Google sebelum ini telah melancarkan Android 5.0 Lollipop sekitar 10 bulan yang lepas. Ia mengambil masa yang agak lama untuk pengeluar mengoptimasikan versi Android berkenaan kepada peranti mereka – malah sejumlah besar peranti berspesifikasi pertengahan dan rendah tidak menerima kemaskini Lollipop sehingga kini.

Selain daripadanya, Google juga telah mengumumkan Android 6.0 Marshmallow, dan dijangka melancarkannya secara rasmi tidak lama lagi.

Komen