Cari @ Amanz

siriDi dalam dunia pembantu maya Siri, Google Now dan Cortana ialah tiga sistem yang paling kerap diperkatakan. Dari segi kepantasan dan kemudahan Google Now masih lagi di hadapan dengan beberapa fungsi unik seperti sistem aktif sepanjang masa “Ok Google”. Kini terdapat ura- ura Siri mungkin akan menerima fungsi yang sama yang diaktifkan dengan menuturkan ayat “Hey Siri”. Selama ini Siri hanya akan mendengar kawalan suara pengguna selepas butang ditekan. Meskipun fungsi ‘Hey Siri’ boleh diaktifkan, ia hanya boleh digunakan sekiranya peranti iOS sedang dicaj. Ini dilakukan oleh Apple bagi mengurangkan penggunaan bateri kerana peranti perlu sentiasa aktif mendengar arahan suara pengguna.

Sejauh mana ura-ura ini hanya akan kita ketahui selepas Apple Keynote yang akan berlangsung tidak lama lagi. Sekiranya benar ia pastinya memudahkan kehidupan pengguna iOS dan menghangatkan lagi peperangan pembantu maya manakah yang terbaik di pasaran sekarang.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd