MGSV :TPP – Konami Memberikan Amaran Pepijat Ini Boleh Merosakkan Fail Permainan Anda
Artikel Berkaitan

MGSV :TPP – Konami Memberikan Amaran Pepijat Ini Boleh Merosakkan Fail Permainan Anda

Diterbitkan pada Sep 9, 2015 oleh .

Metal Gear Solid V The Phantom Pain ialah permainan paling hangat sekarang kami di Amanz sudah menghabiskan berpuluh jam di dalam dunia Venom Snake sejak seminggu yang lalu. Hari ini Konami memberikan amaran wujud sebuah pepijat yang akan merosakkan fail permainan anda sehingga menyebabkan anda harus bermula semula dari awal. Pepijat ini melibatkan watak sampingan Quiet yang boleh digunakan bagi membantu anda menyelesaikan misi.

4K-mgs-V

Apabila watak bantuan ini digunakan di dalam misi 29 dan 42 ia akan mengakibatkan kerosakan pada fail permainan anda. Oleh itu Konami menyarankan pemain supaya tidak memilih Quiet untuk dua misi ini. Pepijat ini berlaku pada kesemua versi permainan iaitu PlayStation 4, PlayStation 3, Xbox One, Xbox 360 dan PC. Pihak Konami kini sedang menghasilkan patch untuk memperbaiki masalah pepijat yang besar ini. Sungguhpun begitu bilakan pepijat ini akan boleh dimuat turun masih belum diumumkan.


TIPS & ULASAN