Anda Mungkin Akan Dapat Lihat Iklan Pada Instagram Bermula Bulan Hadapan

Anda Mungkin Akan Dapat Lihat Iklan Pada Instagram Bermula Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Sep 9, 2015 oleh .

Instagram telah menguji sokongan pengiklanan pada perkhidmatan mereka untuk pengguna di Amerika Syarikat sejak beberapa bulan yang lepas. Kini, Instagram mengumumkan akan memperluaskan sokongan pengiklanan mereka untuk pasaran global – bermula penghujung September ini.

Instagram Android

Selain daripada sokongan pengiklanan ini, pihak Instagram turut mengumumkan format video 30 saat baru untuk pengiklan – berbanding hanya 15 saat untuk pengguna biasa.

Dengan kebolehan pengiklanan, ia membolehkan jenama mengiklankan produk mereka kepada pengguna – sekaligus memaparkan iklan berkenaan walaupun seseorang pengguna tidak mengikuti jenama berkenaan. Disamping itu, pengiklan juga turut boleh menambah butang tambahan seperti kebolehan untuk memasang aplikasi terus daripada iklan berkenaan, atau melayari web pengiklan berkaitan.


TIPS & ULASAN