honor 7 Akan Hadir Ke Malaysia Pada 21 September 2015

honor 7 Akan Hadir Ke Malaysia Pada 21 September 2015

Diterbitkan pada Sep 9, 2015 oleh .

Honor Malaysia hari ini telah mengemaskini laman sosial mereka, dan memperlihatkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu honor 7 akan memasuki pasaran tempatan pada 21 September 2015 ini. Honor 7 merupakan telefon pintar flagship untuk tahun 2015 daripada honor, membawakan rekaan berasaskan logam serta dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari.

Honor 7

honor 7 juga menggunakan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip Kirin 935, memori 3GB RAM, serta kamera belakang dengan sokongan rakaman khusus untuk makanan.

Pelbagai ciri-ciri menarik daripada EMUI 3.0 turut disertakan, selain penyertaan sebuah butang fizikal pada bahagian kiri untuk mengaktifkan sokongan akses pantas ke beberapa aplikasi atau fungsi.

Honor mengatakan ia akan ditawarkan bermula 21 September 2015 ini, dan seperti biasa, ia dijangka dijual melalui laman vMall. Anda yang berminat, boleh membuat pendaftaran minat untuk peranti ini di laman rasmi vMall.

Honor 7

Honor 7

Daftar minat : honor 7

Baca : Pandang Pertama Honor 7


TIPS & ULASAN