Netflix Akan Memperluaskan Perkhidmatan Mereka Ke Singapura Pada Awal Tahun Hadapan

Netflix Akan Memperluaskan Perkhidmatan Mereka Ke Singapura Pada Awal Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Sep 9, 2015 oleh .

Netflix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video, menawarkan langganan untuk pelbagai siri televisyen, drama dan juga filem. Mereka menawarkan perkhidmatan di beberapa buah negara sahaja, dan kini turut mengumumkan perancangan untuk menawarkan perkhidmatan di Singapura pada awal tahun 2016 kelak.

Selain daripada Singapura, Netflix juga akan menawarkan perkhidmatan penstriman video mereka di Hong Kong, Korea Selatan dan juga Taiwan.

Netflix menyasarkan untuk menawarkan perkhidmatan mereka di lebih kurang 200 negara menjelang penghujung tahun hadapan. Dengan angka 200 buah negara berkenaan, tidak mustahil untuk kita melihat ia turut ditawarkan di Malaysia – apatah lagi dengan beberapa petanda yang telah mula kelihatan sebelum ini.

Buat masa ini, terdapat beberapa perkhidmatan penstriman yang menawarkan persaingan untuk Netflix. Salah satunya di Malaysia adalah iFlix yang telah beroperasi sejak beberapa bulan lepas, menawarkan akses kepada kandungan berbentuk siri televisyen, anime dan juga filem.


TIPS & ULASAN