Kemaskini Android 5.1 Mula Diperkenalkan Untuk Siri Xperia Z Dan Xperia T2 Ultra

Kemaskini Android 5.1 Mula Diperkenalkan Untuk Siri Xperia Z Dan Xperia T2 Ultra

Diterbitkan pada Sep 9, 2015 oleh .

Sony telah mula menawarkan kemaskini Android Lollipop untuk peranti keluaran mereka sejak beberapa bulan yang lepas, dan paling terkini, mereka mengumumkan kemaskini Android 5.1 Lollipop telah mula ditawarkan untuk pengguna siri Xperia Z dan juga Xperia T2 Ultra.

Seperti semua sedia maklum, kemaskini ini membawakan sedikit kemaskini pada elemen antaramuka, disamping menawarkan paparan notifikasi pada lockscreen, selain pengoptimasian penggunaan tenaga pemprosesan dan juga bateri yang lebih baik.

Sony mengatakan kemaskini ini akan diperkenalkan secara berperingkat, dan pengguna Xperia Z serta Xperia T2 Ultra akan menerima notifikasi untuk kemaskini pada peranti mereka.


TIPS & ULASAN