Cari @ Amanz

Samsung Mengumumkan Memori 12Gb LPDDR4 DRAM – Membuka Ruangan Kepada Telefon Pintar Dengan 6GB RAM

Oleh Aman

Link Copied!

Samsung selain mengeluarkan telefon pintar, mereka juga turut membangunkan beberapa komponen seperti memori, ruangan storan dan juga skrin. Hari ini, berkongsi perkembangan syarikat mereka, Samsung menjadi yang terawal mengumumkan memori 12GB LPDDR4 berasaskan kepada rekaan proses 20-nanometer.

Samsung mengatakan rekaan baru dan pengeluaran ini menawarkan penggunaan memori pada tenaga rendah, dan pemprosesan data pada sekali ganda.

Samsung 6GB DDRAM

Berbanding versi sebelumnya, melalui versi 12Gb, ia menawarkan kelajuan 30% lebih pantas, dan pada masa yang sama mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 20%.

Penggunaan 12Gb LPDDR4 ini juga membolehkan penggunaan memori 3GB RAM atau 6GB RAM pada peranti. Samsung mengatakan penggunaannya kelak akan memperlihatkan peranti mudah-alih dengan memori sehingga 6GB RAM, sekaligus menawarkan prestasi penggunaan yang tinggi, disamping kebolehan multi-tasking yang lebih baik.

Memandangkan ia menggunakan ruangan yang sama seperti pada ruangan penggunaan 3GB RAM hari ini, maka pengeluar tidak perlu melakukan perubahan besar dalam menggunakan memori baru ini.

Samsung turut mengatakan penggunaan memori LPDDR4 ini mungkin bukan terhad untuk telefon pintar dan tablet sahaja, tetapi pada masa yang sama turut mengintegrasikan sokongan untuk PC bersaiz nipis, mahupun pada peranti automotif.


Komen ()