PLUS merupakan salah satu syarikat yang menguruskan lebuhraya di Malaysia, dan hari ini mereka berkongsi mengatakan ingin menyasarkan untuk mengimplementasikan kaedah pembayaran secara elektronik sepenuhnya pada semua plaza tol mereka menjelang tahun 2017 kelak.
Pada hari ini, sebanyak 14 daripada 92 plaza tol telah mula menggunakan sokongan pembayaran elektronik sepenuhnya, dan ia diperkenalkan secara berperingkat pada satu demi satu kawasan.
Melalui pembayaran elektronik ini, para pemandu diperlukan menggunakan kad Touch n Go atau SmartTAG untuk tujuan pembayaran. Penggunaan ini dijangka mengurangkan kadar trafik berbanding pembayaran tunai di plaza tol pada hari ini.
Selain pada lebuhraya PLUS, beberapa plaza tol didalam Kuala Lumpur juga telah mula mengimplementasi sokongan pembayaran tol secara elektronik sepenuhnya bermula bulan ini.