Microsoft Memperlihatkan Sokongan Produktiviti Pada Apple iPad Pro

Microsoft Memperlihatkan Sokongan Produktiviti Pada Apple iPad Pro

Diterbitkan pada Sep 10, 2015 oleh .

Agak jarang untuk kita melihat Apple menjemput syarikat pesaing mereka sebelum ini. Kini, dengan arena teknologi yang kian berubah, Apple dilihat menjemput pihak Microsoft ke pentas pengumuman produk baru mereka, dan berkongsi lanjut mengenai produktiviti pada Apple iPad Pro.

Microsoft Office iPad

Microsoft Office iPad

Melaluinya, Microsoft mempertontonkan sokongan Microsoft Office pada iPad Pro, dimana pengguna boleh menggunakan aplikasi Office mesra sentuhan yang dioptimasikan untuk tablet iPad ini. Disamping itu, Microsoft juga turut menyokong input berasaskan Apple Pencil, memudahkan lagi pengguna untuk membuat catatan pada dokumen mereka.

Microsoft Office iPad

Microsoft Office iPad

Pengguna juga turut boleh menggunakan dua aplikasi secara bersebelahan melalui Apple iOS9. Ini membolehkan pengguna untuk menggunakan dua aplikasi – sebagai contoh Excel dan Word pada waktu yang sama dan membuat penyuntingan menggunakannya serentak.

Selain daripada Microsoft, pihak Adobe juga turut berkongsi pentas dengan Apple untuk memperlihatkan sokongan produktiviti pada iPad Pro ini.


TIPS & ULASAN