iPad Mini 4 Diperkenalkan – Penawaran Serupa Seperti iPad Air 2 Tetapi Pada Saiz Kompak

iPad Mini 4 Diperkenalkan – Penawaran Serupa Seperti iPad Air 2 Tetapi Pada Saiz Kompak

Diterbitkan pada Sep 10, 2015 oleh .

Disamping memperkenalkan iPad Pro, Apple juga turut mengemaskini keluarga tablet bersaiz mini mereka – iaitu pada saiz skrin 7.9-inci, iPad Mini. Pengumuman hari ini menyaksikan iPad Mini 4 diumumkan yang membawakan kemaskini dari segi pemprosesan dan grafik.

Apple iPad 2015

Apple mengatakan, secara kasarnya, iPad Mini 4 merupakan iPad Air 2 tetapi pada saiz 7.9-inci.

Pengumuman hari ini juga memperlihatkan kini Apple memasarkan iPad Mini 2 sebagai model asas tablet mereka, dan diikuti oleh iPad Mini 4 baru ini, iPad Air, dan seterusnya iPad Pro.

Kita mungkin akan dapat melihat iPad Mini 4 memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN