Apple iOS9 Akan Ditawarkan Pada 16 September

Apple iOS9 Akan Ditawarkan Pada 16 September

Diterbitkan pada Sep 10, 2015 oleh .

Bersama-sama pengenalan iPhone 6S dan juga iPhone 6S Plus, pihak Apple turut mengumumkan sistem operasi mereka untuk telefon pintar yang terbaru, iaitu iOS9. Apple mengatakan iOS9 ini akan menyokong semua peranti iOS8 sedia ada – dan akan ditawarkan untuk dimuat-turun pada 16 September ini.

Apple iOS 9

iOS9 membawakan beberapa ciri-ciri baru, dan salah satunya adalah Proactive Assistant yang memudahkan anda melihat aplikasi dan fungsi yang diakses pada sesuatu masa – sebagai contoh, aplikasi berita ketika waktu pagi.

iOS9 turut menyaksikan sejumlah aplikasi dikemaskini, termasuk pengenalan aplikasi baru dinamakan Apple News. Pada iPad pula, Apple membawakan fungsi split-screen untuk menggunakan dua aplikasi pada waktu yang sama secara bersebelahan. Disamping itu, iOS9 juga memakan ruangan storan yang lebih rendah berbanding iOS8, dan dikatakan menawarkan masa bertahan bateri yang lebih lama.

iOS 9 akan menyokong iPad 2, iPad 3, iPad 4, iPad Air, iPad Air 2, iPar Mini, iPad Mini 2, iPad Mini 3, iPhone 4s, iPhone 5, iPhone 5c, iPhone 5s, iPhone 6, iPhone 6 Plus, dan juga iPod Touch 5.

Apple iOS 9


TIPS & ULASAN