Apple TV Baru Diumumkan – Menawarkan Aplikasi, Sokongan Siri, Dan Alat Kawalan Baru

Apple TV Baru Diumumkan – Menawarkan Aplikasi, Sokongan Siri, Dan Alat Kawalan Baru

Diterbitkan pada Sep 10, 2015 oleh .

Melalui acara yang diadakan oleh Apple hari ini, mereka dilihat memfokuskan kepada produk mereka pada pelbagai saiz skrin. Ini menyaksikan pihak Apple turut menyentuh berkenaan dengan Apple TV – iaitu set top-box mereka untuk televisyen.

Apple TV generasi baru hadir dengan cip A8 yang lebih berkuasa, disamping mengintegrasikan beberapa ciri-ciri baru. Salah satu perkara baru adalah menggunakan tvOS yang mana merupakan sistem operasi khusus yang dibangunkan untuk televisyen, dan mengintegrasikan elemen rekaan yang selari dengan iOS.

Pada Apple TV baru ini, pihak Apple mengintegrasikan sokongan AppStore, sekaligus membolehkan para pengguna untuk memuat-turun aplikasi kegemaran mereka, mahupun permainan terus ke Apple TV, dan menggunakannya pada skrin besar.

Apple TV

Apple TV

Apple TV

Disamping itu, alat kawalan jauh untuk Apple TV kini turut dikemaskini. Ia kini berasaskan kepada Bluetooth, dan mengintegrasikan panel sentuhan untuk memudahkan anda mengawal televisyen. Sebuah butang khusus untuk Siri turut diintegrasikan untuk memudahkan anda membuat arahan suara, dan mengawal televisyen.

Apple TV

Apple TV

Apple TV

Apple memperlihatkan beberapa contoh, termasuk penggunaan Siri untuk mencari maklumat ketika sedang menonton video. Siri juga turut boleh digunakan untuk mencari sesuatu kandungan berdasarkan kepada genre atau pelakon dengan mudah.

Apple TV

Apple TV

Apple TV

Apple TV baru ini turut memfokuskan kepada permainan, dan pengguna boleh menggunakan alat kawalan Apple TV untuk mengawal permainan. Untuk sokongan multi-player, pengguna boleh menggunakannya bersama-sama dengan iPhone atau iPad untuk tujuan kawalan sama.

Apple TV baru ini akan dijual pada harga bermula $149 (~RM645), selain Apple TV sedia ada akan kekal ditawarkan di pasaran.

Apple TV

Apple TV

Apple TV


TIPS & ULASAN