(Ura-Ura) HTC Sedang Membangunkan Jam Tangan Pintar Berskrin Bulat Berasaskan Android Wear
HTC

(Ura-Ura) HTC Sedang Membangunkan Jam Tangan Pintar Berskrin Bulat Berasaskan Android Wear

Diterbitkan pada Sep 10, 2015 oleh .

HTC merupakan salah satu syarikat yang mengalami beberapa kontroversi pada tahun ini, malah mengalami sedikit pengurangan jualan – salah satu sebabnya adalah disebabkan telefon pintar terbaru mereka yang tidak menarik minat pengguna disebabkan beberapa hal teknikal.

HTC Grip

Namun, syarikat dari Taiwan tersebut masih tidak berputus asa, dan sedia dilaporkan dalam persiapan untuk memperkenalkan sebuah telefon pintar baru. Ia tidak diketahui lagi bilakah HTC akan mengumumkannya, tetapi memandangkan HTC menjadualkan sebuah acara pada 29 September ini, terdapat kemungkinan kita akan mendengarnya ketika itu.

Selain daripada hanya telefon pintar sahaja, HTC juga dilihat sedang membangunkan sebuah jam tangan pintar berskrin bulat. Ia dikatakan akan menjalankan Android Wear. Tiada maklumat lanjut berkaitan dengannya yang diketahui buat masa ini. HTC sebelum ini pernah mengumumkan HTC Grip, tetapi membatalkan hasrat untuk memasarkannya untuk para pengguna.

Sebelum ini, ketika bertanyakan mengenai jam tangan pintar, HTC mengatakan mereka ingin hadir dengan sesuatu yang menarik minat pengguna, dan menawarkan masa penggunaan yang berpatutan berbanding kebanyakkan jam tangan pintar hari ini yang menawarkan masa penggunaan hanya sehari atau dua sahaja.

Mungkinkah kita melihat HTC mengumumkan jam tangan pintar mereka pada penghujung bulan ini?


TIPS & ULASAN