Pada minggu lepas Samsung telah memulakan penjualan telefon pintar terbaru mereka dalam kelas phablet iaitu Galaxy Note 5 dan juga variasi Galaxy S6 Edge yang berspesifikasi tinggi iaitu Galaxy S6 Edge+. Bagi melengkapkan telefon berprestasi tinggi ini, Celcom telah hadir dengan pelan Celcom FIRST yang antaranya turut menawarkan kuota data internet sehingga 5GB.
Bagi anda yang tidak mengenali telefon terkini dari Samsung, Galaxy Note 5 merupakan telefon yang mempunyai S-Pen terkini yang berbeza dengan model yang lain.Ia mempunyai cip pemprosesan Exynos Octa-Core yang laju dengan 4GB RAM, menyokong pengecasan tanpa wayar, mempunyai kamera 16MP dibahagian utama dan 5MP dibahagian hadapan, dan mempunyai kapasiti storan sebesar 32GB. Galaxy S6 Edge+ pula merupakan variasi dengan spesifikasi tinggi yang menawarkan storan lebih besar iaitu 32GB dan juga mempunyai 4GB RAM.
Menerusi pelan Celcom FIRST khusus untuk Samsung Galaxy Note 5 dan juga Galaxy S6 Edge+, terdapat dua pelan yang ditawarkan iaitu FIRST Basic 85 pada kadar langganan RM 85 sebulan dan juga FIRST Elite pada kadar langganan RM 235 sebulan yang menawarkan kad SIM kedua. Bagi pelan FIRST Basic 85, pelanggan akan memperolehi kuota data internet sebanyak 2GB dan juga tambahan 2GB melalui Celcom WIFI. Sebanyak 100 minit waktu berbual dan 100 SMS tersedia. Bagi pelan FIRST Elite, pelanggan akan memperoleh kuota data internet sebanyak 3GB dan tambahan 3GB melalui Celcom WIFI serta 200 minit waktu berbual dan juga 200 SMS tersedia untuk pengguna.
Namun apa yang membuatkan pelan ini lebih bernilai adalah dengan fungsi OPTIMISER dari Celcom yang menjadikan kuota data internet dan SMS pengguna lebih banyak untuk dinikmati. Bagi pelan FIRST Basic dan Elite, keduanya akan menerima tambahan sebanyak 3GB Internet dan 3GB melalui Celcom WIFI, menjadikan jumlah kuota internet yang diterima pengguna adalah 5GB Internet dan juga 5GB melalui Celcom WIFI. Bagi SMS OPTIMISER, pelanggan pelan FIRST Basic 85 akan menerima tambahan waktu berbual selama 150 minit dan 150 SMS manakala pelanggan FIRST Elite akan menerima waktu berbual tambahan selama 300 minit dan 300 SMS namun terhad kepada kad SIM pertama sahaja untuk pelanggan ini.
Bagi mendapatkan pelan ini, pelanggan perlu membayar deposit yang akan direbatkan selama sepuluh bulan iaitu RM 250 untuk FIRST Basic 85 dan RM 1,000 untuk FIRST Elite. Kedua-dua telefon pintar ini hadir dengan kontrak selama 24 bulan, dan bagi Galaxy Note 5 telefon tersebut berharga RM 1,938 untuk pelan FIRST Basic 85 manakala RM 1,138 untuk FIRST Elite. Bagi model Galaxy S6 Edge+, telefon tersebut berharga RM 2,288 untuk pelan FIRST Basic 85 manakala RM 1,488 untuk pelan FIRST Elite.
Untuk maklumat lanjut berkenaan tawaran ini, anda boleh hadir ke cawangan Celcom yang berhampiran atau mengetahui berkenaannya di laman rasmi Celcom.
Penafian: Advertorial dari Celcom