Cari @ Amanz

Selain pengumuman berkaitan dengan produk baru seperti iPad Pro, iPhone dan Apple TV, pihak Apple juga secara senyap telah mengemaskini halaman OS X El Capitan Preview dan mengatakan versi akhir sistem operasi untuk komputer berkenaan akan ditawarkan pada 30 September kelak.

OS X El Capitan adalah sistem operasi untuk komputer Mac keluaran Apple. Melalui El Capitan mereka memfokuskan kepada prestasi operasi, disamping menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih mudah.

OS X El Capitan

Beberapa perkara baru turut dikemaskini dan hadir melalui El Capitan, termasuk split-view yang membolehkan anda snap dua aplikasi secara bersebelahan pada skrin penuh, Mission Control dan Spotlight yang dikemaskini, serta sejumlah aplikasi yang menerima nafas baru termasuk antaranya Notes dan Email.

OS X El Capitan ini akan ditawarkan secara percuma kepada pengguna OS X sedia ada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd