Google Menambah Sokongan Membeli Kandungan Di Play NewsStand Untuk Pengguna Malaysia

Google Menambah Sokongan Membeli Kandungan Di Play NewsStand Untuk Pengguna Malaysia

Diterbitkan pada Sep 10, 2015 oleh .

Google agak aktif memperluaskan beberapa sokongan pada Play Store untuk pasaran tempatan. Selepas memperkenalkan sokongan Google Play Movies di Malaysia, kini pihak Google turut telah memperluaskan sokongan melanggan dan membeli kandungan di Play NewsStand untuk pengguna tempatan.

Google Play NewsStand

Google Play NewsStand telah ditawarkan sejak sebelum ini, membolehkan pengguna mengikuti langganan web atau majalah dengan mudah melaluinya. Sebelum ini, ia hanya menawarkan langganan percuma sahaja kepada pengguna tempatan dan tiada langganan berbayar untuknya.

Bermula minggu ini, kini pengguna tempatan turut telah boleh membeli dan melanggan kandungan melalui Google Play NewsStand. Mungkin pengenalan ini juga akan melihat penerbit tempatan mengambil peluang untuknya dan menawarkan majalah mahupun langganan mereka secara digital melalui Play NewsStand.

Muat-Turun Play NewsStand untuk Android

Muat-Turun Play NewsStand untuk iOS


TIPS & ULASAN