Cari @ Amanz

Paper by FiftyThree merupakan salah satu aplikasi lakaran, lukisan dan catatan nota yang popular dikalangan pengguna iPad. Hari ini, pembangunnya turut memperluaskan penawaran, dan secara rasminya memperkenalkan aplikasi mereka kepada pengguna telefon iOS, iaitu iPhone.

Paper iPhone

Versi yang ditawarkan untuk iPhone adalah sama seperti versi iPad, membolehkan pengguna membuat lakaran, memilih jenis pena, membuat lakaran diagram, dan pelbagai perkara lain lagi.

Seperti biasa, aplikasi ini ditawarkan secara percuma kepada pengguna iPhone dan iPad, tetapi ia hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi untuk beberapa penambahan fungsi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd