Cari @ Amanz

Microsoft hari ini secara rasminya telah mengesahkan yang mana mereka akan mula menawarkan Office 2016 kepada para pengguna sistem operasi Windows bermula daripada 22 September kelak. Sebelum ini, Microsoft telah menguji perisian pejabat popular tersebut dalam bentuk Public Preview sejak ulan Mei lepas.

Office Online

Office 2016 untuk Windows akan menawarkan sedikit kemaskini dari segi antaramuka, selain turut mengintegrasikan sokongan awan untuk memudahkan anda mengakses dokumen yang diperlukan pada bila-bila masa, pada sebarang peranti.

Office 2016 juga turut dijangka akan menyertakan sokongan kolaborasi seperti terdapat pada Office Online. Ini membolehkan anda bekerjasama dengan rakan sepejabat, sekelas dan sebagainya dalam membuat atau menyunting sesuatu dokumen dalam bentuk masa-nyata.

Jadi, sama-sama kita nantikan tarikh 22 September ini untuk pelancaran rasmi Office 2016 untuk Windows.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd