Kemaskini BlackBerry 10.3.2 Sedia Dimuat-Turun Oleh Semua Pengguna Peranti BlackBerry 10

Kemaskini BlackBerry 10.3.2 Sedia Dimuat-Turun Oleh Semua Pengguna Peranti BlackBerry 10

Diterbitkan pada Sep 11, 2015 oleh .

Menggunakan telefon pintar BlackBerry 10? Bermula beberapa hari yang lepas, pihak BlackBerry telah memulakan penawaran kemaskini BlackBerry 10.3.2 kepada pengguna peranti berkenaan, dan kini pengguna tempatan turut telah mula menerima notifikasi untuk kemaskini berkenaan.

BlackBerry 10.3.2

Kemaskini BlackBerry 10.3.2 memfokuskan kepada penawaran nafas baru bagi sistem operasi, disamping hadir dengan sekuriti yang lebih baik termasuk penggunaan BlackBerry Protect yang melindungi peranti daripada kecurian. BlackBerry turut mengatakan ia kini hadir dengan lebih kawalan privasi dan menawarkan lebih kadar produktiviti kepada pengguna.

Jika anda menggunakan peranti BlackBerry Passport, BlackBerry Classic, BlackBerry Leap, Z10, Z30, Q5, dan juga Q10, anda boleh menyemak peranti anda hari ini dan memulakan proses kemaskini.

Daripada percubaan kami pada peranti BlackBerry Passport, kemaskini BlackBerry 10.3.2 ini bersaiz sekitar 409MB.


TIPS & ULASAN